Biografi Syaikh Sulaiman Ar-Rasuli Al-Minangkabawi




Ulama yang diperkenalkan dalam biografi kali ini adalah seorang ulama besar Indonesia yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat. Beliau adalah golongan Kaum Tua yang sangat gigih mempertahankan Mazhab Syafi’i. Nama beliau ialah Syeikh Sulaiman ar-Rasuli al-Minankabawi, lahir di Candung, Sumatera Barat, 1287 H/1871 M, wafat pada hari Sabtu, 29 Jumadilawal 1390 H/1 Ogos 1970 M.

Pendidikan

Pendidikan terakhir Syeikh Sulaiman ar-Rasuli al-Minankabawi adalah di Mekah. Ulama Malaysia yang seangkatan dengan beliau dan sama-sama belajar di Mekah di antaranya ialah Syeikh Utsman Sarawak (1281 H/1864 M – 1339 H/1921 M), Tok Kenali (1287 H/1871 M – 1352 H/1933 M) dan banyak lagi. Yang berasal dari Indonesia pula di antaranya ialah Kiyai Haji Hasyim Asy’ari, Jawa Timur (1287 H/1871 M – 1366 H/1947 M), Syeikh Hasan Maksum, Sumatera Utara (wafat 1355 H/1936 M), Syeikh Khathib Ali al-Minankabawi, Syeikh Muhammad Zain Simabur al-Minankabawi (sempat menjadi Mufti Kerajaan Perak tahun 1955 dan wafat di Pariaman pada 1957), Syeikh Muhammad Jamil Jaho al-Minankabawi, Syeikh Abbas Ladang Lawas al-Minankabawi dan banyak lagi.

Ketika tinggal di Mekah, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli al-Minankabawi selain belajar dengan Syeikh Ahmad Khatib Abdul Lathif al-Minankabawi, beliau juga mendalami ilmu-ilmu daripada ulama Kelantan dan Patani. Di antaranya, Syeikh Wan Ali Abdur Rahman al-Kalantani, Syeikh Muhammad Ismail al-Fathani dan Syeikh Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.

Perjuangan

Syeikh Sulaiman ar-Rasuli kembali ke Minangkabau bersamaan dengan kepulangan sahabatnya, Tok Kenali ke Kelantan, yaitu setelah kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani (11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M). Tok Kenali sesampainya di Kelantan langsung merintis penyebaran ilmunya melalui sistem pendidikan pondok yang dinamakan ‘Jam’iyah al-‘Ashriyah’.

Demikian juga dengan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli. Sesampainya beliau di Bukit Tinggi, Sumatera, beliau mula mengajar menurut sistem pondok. Walau bagaimanapun, pengajian sistem pondok secara halaqah yaitu bersila di lantai, dalam pendidikan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli berubah menjadi sistem pendidikan yang duduk di bangku pada 1928, namun kitab-kitab yang diajar tidak pernah diubah.

Pada tahun 1928 itu juga, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli bersama sahabat-sahabatnya, Syeikh Abbas Ladang Lawas dan Syeikh Muhammad Jamil Jaho mendirikan Persatuan Tarbiyah Islamiyah. Kemudian persatuan tersebut menjadi sebuah partai politik yang mempunyai singkatan nama PERTI. Baik dalam sistem pendidikan maupun perjuangan dalam parti politik, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli dan kawan-kawannya secara tegas dan berani mempertahankan dan berpegang dengan satu mazhab, yaitu Madzhab Syafi’i.

Ini berarti PERTI agak berbeda dengan Nahdhatul Ulama (NU) yang didirikan oleh Kiai Haji Hasyim Asy’ari dan kawan-kawan di Jawa Timur. Dasar Nahdhatul Ulama (NU) adalah berpegang pada salah satu mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali). Ia tidak menegaskan mesti berpegang pada Mazhab Syafi’i seperti PERTI. Tapi tetap dalam satu aqidah Ahlu Sunnah wal Jama’ah (Aswaja).

Kiyai Haji Sirajuddin Abbas dalam bukunya, Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i, menulis, “Beliau seorang ulama besar yang tidak menerima paham Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.” (Lihat cetakan kedua, Aman Press, 1985, hlm. 298.) Di antara ulama Minangkabau yang gigih menyokong pemikiran kedua-dua ulama Mesir itu ialah Dr. Haji Abdul Karim Amrullah dan Syeikh Thahir Jalaluddin al-Azhari. Ini berarti, kedua ulama yang sama-sama berasal dari Minangkabau dan semuanya seperguruan itu adalah musuh polemik Syeikh Sulaiman ar-Rasuli dan ulama-ulama dalam PERTI lainnya. Penolakannya terhadap paham Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha ini, dia ungkapkan melalui kalimat sindiran dalam sebuah syair.

“Sekarang ada orang yang ingkar
Sudah masyhur didengar khabar
Namanya tidak hamba mendengar
Entah siapa nama yang mu’tabar
Khabarnya sudah hamba dengarkan
Ushalli fardhuz zhuhr ianya ingkar
Ibarat ulama hambar naqalkan
Dibelakang ini hamba tuliskan
Wahai sahabat taulan yang nyata
Orang yang muqallid namanya kita
Mengikut mujtahid yang punya kata
Jangan diikut faham yang dusta
Jangan dicari ke dalam Qur’an
Hadistnya nabi-pun demikian
Mujtahid mutlak punya bahagian
Nasi yang masak hendaklah makan
Kita nan tidak tahu bertanak
Api dan kayu tungkupun tidak
Hendaklah makan nasi yang masak
Orang yang cerdik janganlah gagak
Jikalau batanak tidak bakayu
Demikian lagi tidak bertungku
Lambek menahun nasinya tentu
Itu misalnya fiqir olehmu”

Prof. Dr. Hamka dalam bukunya yang berjudul Ayahku menulis, “Cuma beliau (maksudnya Dr. Haji Abdul Karim Amrullah) berselisih dalam satu perkara, yaitu Syeikh Sulaiman ar-Rasuli mempertahankan Thariqat Naqsyabandiyah, dan salah seorang di antara Syeikhnya (mungkin maksudnya Syeikh Saad Mungka, musuh polemik Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau, pen:), sedangkan pihak Dr. Haji Abdul Karim Amrullah dan Syeikh Jambek tidak suka kepada tarekat itu.”

Demikian juga dalam hal puasa dengan hisab. Syeikh Sulaiman ar-Rasuli lebih menyetujui rukyah. Pernah beliau berkata, “Bagaimana tuan-tuan Kaum Muda! Kata tuan hendak kembali kepada sunnah, tetapi dalam hal puasa yang nyata-nyata diperintahkan rukyah, tuan-tuan kembali mengemukakan ijtihad.” (Lihat cetakan ketiga, Djajamurni, Jakarta, 1963, hlm. 247.)

Pertikaian pendapat yang disebut oleh Buya Hamka antara beliau (Dr. Haji Abdul Karim Amrullah) dengan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli berdasarkan petikan tulisan di atas tidak banyak. Sebenarnya pertikaian pendapat antara ‘Kaum Tua’ dengan ‘Kaum Muda’ pada peringkat awal sangat banyak. Sekurang-kurangnya ada 19 perkara. Contohnya perkara ‘muqaranah niat sembahyang’ dan ‘menjiharkan lafaz niat’, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli dan semua ulama Kaum Tua mewajibkan ‘muqaranah niat sembahyang’ dan ‘menjiharkan lafaz niat’ adalah sunnah.

Berdasarkan sepakat semua ulama, ‘zakat fitrah’ wajib dibayar dengan makanan yang mengenyangkan. Tidak sah dibayar dengan nilai berupa uang. Perkara ini tetap dipertahankan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli, semua ulama dalam PERTI, di samping ulama dalam Nahdhatul Ulama (NU), dan semua ulama di seluruh dunia Islam yang masih tetap berpegang teguh kepada Mazhab Syafi’i. Perdebatan mengenai zakat gaji atau zakat pendapatan tidak pernah muncul pada zaman Syeikh Sulaiman ar-Rasuli, kerana ia baru muncul pada awal 1990-an, bertitik mula daripada pendapat Syeikh Yusuf al- Qardhawi.

Mengenai sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli dan Kaum Tua mempertahankan 20 rakaat atau 23 rakaat dengan witir. Kaum Muda mengerjakan tarawih 8 rakaat atau 11 dengan witir. Sungguhpun ramai orang melemparkan segala yang dipertikaikan adalah berasal daripada golongan yang mereka namakan Wahabi, ternyata di Masjid al-Haram, Mekah, sembahyang tarawih dan witir juga dilakukan 23 rakaat, bukan 11 rakaat tarawih dengan witir.

Bahkan Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz (ulama kerajaan Arab Saudi) dalam menjawab perkara tersebut dengan berfatwa bahwa sembahyang tarawih dan witir 23 rakaat adalah kesepakatan para sahabat Nabi Muhammd SAW. Terlalu banyak perkara khilafiyah untuk dibicarakan, rasanya contoh ini sudah cukup memadai.

Kenyataan Buya Hamka yang menyebut bahwa “Syeikh Sulaiman ar-Rasuli mempertahankan Thariqat Naqsyabandiyah, dan salah seorang di antara Syeikhnya” memang benar, tetapi dalam satu riwayat lain, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli membantah Thariqat Naqsyabandiyah yang diperkenalkan oleh Dr. Syeikh Jalaluddin. Bantahan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli tersebut dituangkan dalam Tabligh al-Amanat fi Izalah al-Munkarat wa asy-Syubuhat, bertarikh 19 Jumadilakhir 1373 H pada 23 Januari 1954 M. Buku ini dicetak oleh Mathba’ah Nusantara, Bukit Tinggi pada 1373 H/1954 M.

Semula Syeikh Sulaiman ar-Rasuli merupakan seorang yang anti thariqat, sebagaimana gurunya Syekh Ahmad Khatib. Namun setelah pertemuannya dengan Tuan Syekh Arsyadi Batu Hampar, dan bertukar fikiran berapa lama, kemudian beliau menyatakan khilaf dan bertaubat dihadapam Tuan Syekh Batu Hampar tersebut dengan berlinang air mata. Setelah itu beliau bersuluk dengan bimbingan Syekh tersebut pada tahun 1341 H kalo dikonversikan ke masehi sekitar 1922-1923 M dan mendapat ijazah dalam istilah Naqsyabandiyah. Sepulang khatwat tersebut beliau keras mempertahankan Tarikat Naqsyabandiyah, apakah dalam tabligh-tabligh, karangan-karangan maupun dalam debat terbuka, seperti muzakarah dengan Syekh Thaher Jalaluddin al-Falaki di Mesjid Jami’ Pasia.

Dawa’ul Qulub merupakan salah satu karya Syekh Sulaiman ar-Rasuli Candung (1871-1970) yang ditulis sebagai sebuah apologetik terhadap Tarikat Naqsyabandiyah. Keunikan dalam karya ini, penjelasan yang beliau kemukakan dalam bingkai cerita dalam bentuk “nazham” atau “sya’ir”.

Risalah ini dapat dilihat dari dua segi, pertama risalah yang bernilai sastra, yaitu penceritaannya Nabi Yusuf dengan bentuk nazhm. Kedua, merupakan apologetis terhadap rabithah yang dipakai pada murid Naqsyabandiyah sebelum berzikir.

Sebagai diketahui, perkara Rabithah menjadi satu polemik yang hangat pada awal abad XX tersebut. Persoalan ini telah menyeret ulama-ulama Muda yang mengingkarinya dan ulama-ulama tua yang mempertahankannya dalam perdebatan yang panjang. Dalam perkara Tarikat sendiri, maka Rabithah inilah yang menjadi sasaran besar kaum muda untuk dipertanyakannya.

Adapun penjelasan Rabithah diperoleh ketika Syekh Sulaiman menceritakan kejadian antara Zulaikha dengan Nabi Yusuf. Alasan mengapa Nabi Yusuf dapat lepas dari keadaan gawat yang diperbuat Zulaikha tersebut ialah karena Nabi Yusuf ketika itu teringat dengan wajah ayahnya. Peristiwa ini menjadi hujjah betapa wajah Nabi Ya’qub dapat menghilangkan was-was dalam hati Nabi Yusuf, sehingga beliau terlepas dari maksiat. Hal ini dijelaskan oleh Syekh Sulaiman dalam untaian baitnya:

“Disini boleh kita layangkan
Pandangan insaf kita gunakan
Rupa ya’qub Tuhan hadirkan
Apa gunanya hendak fahamkan
Jikalau tidak ada gunanya
Tuhan tak mau mehadirkannya
Menjadi la’ab itu namanya
Mustahil Tuhan la’ab sifatnya
Gunanya sudah kita khabarkan
Pehilang was-was khawatir samakan
Kejadi sebab Tuhan izinkan
Rupa menghilangkan tentulah bukan
Tatkala khusushiyah ada dirupa
Dijadikan Allah sudah berjumpa
Menghilangkan was-was lalai dan lupa
Kita rabithahkan salahnya apa

Pengaruh

Pada tahun 1950-an Indonesia pernah mengadakan pemilihan umum membentuk sebuah badan atau lembaga yang dinamakan ‘Konstituante’. Tujuan Konstituante ialah untuk menentukan Indonesia akan membentuk negara Islam ataupun negara nasional. Syeikh Sulaiman ar-Rasuli, salah seorang anggota Konstituante dari PERTI, telah dilantik mengetuai sidang pertama badan itu. Konstituante dibubarkan oleh Presiden Soekarno dengan Dekri Presiden 5 Julai 1959. Jadi Indonesia sebagai negara nasional bukan ditentukan oleh Sidang Konstituante tetapi ditentukan oleh Presiden Soekarno.

Beberapa orang ahli sejarah telah mencatat bahwa Syeikh Sulaiman ar-Rasuli adalah memang seorang ulama besar yang berpengaruh terhadap kawan dan lawan. Sejak zaman pemerintah Belanda, pembesar-pembesar Belanda datang mendatangi beliau. Demikian juga pemimpin-pemimpin setelah kemerdekaan Indonesia. Soekarno sejak belum menjadi Presiden Indonesia hingga setelah berkuasa memang sering berkunjung ke rumah Syeikh Sulaiman ar-Rasuli. Pada hari pengkebumian beliau, diperkirakan 30.000 orang hadir termasuk banyak pemimpin dari Jakarta, bahkan juga dari Malaysia.

Berikut ini beberapa karya tulis Syeikh Sulaiman ar-Rasuli al-Minangkabawi:

    -Dhiyaus Siraj fil Isra’ Walmi’raj
    -Tsamaratul Ihsan fi Wiladah Sayyidil Insan
    -Dawaul Qulub fi Qishshah Yusuf wa Ya’qub
    -Risaah al-Aqwal al-Wasithah fi Dzikri Warrabithah
    -Al-Qaulul Bayan fi Tafsiril Quran
    -Al-Jawahirul Kalamiyyah
    -Sabilus Salamah fi wird Sayyidil Ummah
    -Perdamaian Adat dan Syara’
    -Kisah Muhammad ‘Arif

1 comment:

  1. Orang dahulu mencari ilmu sampai ke Luar Negeri meskipun dengan transportasi yg kurang memamdai, tetapi mereka tetap bersemangat. Beda sekali dgn anak muda sekarang, bgm yaaa cara meningkatkan semangat yg muda2 ini.. smg

    ReplyDelete